Selasa, 4 November 2008


















WAJAH PEJUANG BANGSA


Senarai Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Pangsa Perdana Bagi Penggal 2008 - 2011

PENGERUSI TETAP
Encik Harun bin Yaakob

TIMB. PENGERUSI TETAP
Encik Kamez bin Inchus

KETUA CAWANGAN
Encik Ghazali bin Abd Hashim

TIMB. KETUA CAWANGAN
Encik Rosli bin Alias

SETIAUSAHA
Encik Mohd Fadhil bin Abd Aziz

BENDAHARI
Encik Rozaidiyazi bin Mahmood

AHLI JAWATANKUASA
Encik Mahat bin Amin
Encik Kidam bin Md Dan
Encik Idris@Zainon bin Mohd Yusof
Encik Azman bin Anjah
Encik Ismail bin Yusof
Encik Kamal bin Jaafar
Puan Som binti Harun
Puan Sebuti binti Ali
Encik Mazelan bin Sadeli
Encik Fadely bin Abd Aziz
Encik Ismail bin Lajid
Encik Muhd Isa bin Saad
Encik Razali bin Husin
Encik Saiful Bahari bin Ali
Encik Rzemin bin Yusof

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Encik Romzi bin Abidin
Puan Roshafida binti Mohd Arshad


Aktiviti UMNO Cawangan Pangsa Perdana Sepanjang 2008

· Mesyuarat EXCO Cawangan
· Mesyuarat 4 Serangkai UMNO Cawangan
· Mesyuarat Cawangan
· Ketua Cawangan telibat dengan beberapa kursus pilihanraya di Institut Belia
Baru Melayu (IBBM)
· Biro Kebajikan dan Keselamatan bersama KRT menjayakan program masyarakat dan JKP Zon(MPSJ) dalam kempen Anti Nyamuk Aides
· Biro Agama telah mengadakan majlis Qurban di Surau AlKautha, kelas pengajian feqah pada setiap minggu
· Mengadakan Hari Kecemerlangan KAFA AlKauthar serta berkhatan beramai-ramai · Mengadakan Sambutan Ambang Merdeka anjuran WANITA dan PEMUDA Cawangan
· Bersama AJK Surau AlKauthar menjayakan majlis Maulidur Rasul
· Gotong royong bersama JKP sempena Kempen Mencegah Pembiakan Nyamuk Aides
· Biro Ekonomi dan Usahawan mentadbir serta membantu untuk mendapatkan kelulusan lessen perniagaan bagi keselamatan peniaga di gerai Pangsa Perdana
· Biro Penerangan telah mengadakan Tahlil dan Doa Selamat bagi menyambut hari Kemerdekaan ke-50 dan menjalankan kempen pilihanraya ke-12




Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakkan Wanita UMNO Cawangan Pangsa Perdana 2008 – 2011

KETUA WANITA
Puan Azilah Su binti Lamid

NAIB KETUA WANITA
Puan Som binti Harun

PENOLONG SETIAUSAHA
Puan Sebuti binti Ali

PENOLONG BENDAHARI
Puan Rohana binti Amat

KETUA PENERANGAN
Puan Rosni binti Osman

AHLI JAWATANKUASA
Puan Mazni binti Yaakob
Puan Norlehan binti Sarji
Puan Jamaliah binti Mat Ibrahim
Puan Maimunah binti Abu Mansur
Puan Haspah binti Md Din
Puan Shamsiah binti Hanif
Puan Jamaliah binti Mohamad


Aktiviti Pergerakan Wanita UMNO Sepanjang 2008

·
Menghadiri perasmian Pertubuhan Muslimah Nurul Aula di MAsjid As Salam Puchong Perdana
· Bergotong royong memasak bubur Asyura sempena awal Muharram di Masjid As Salam Puchong Perdana
· Bergotong royong bersama JKP Zon 17 dan PKD sempena Kempen Menghapuskan denggi
· Bersama di hari penamaan calon di Ijuk
· Mengadakan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan
· Menghadiri taklimat Squd Combi dari PKD anjuran JKP Zon 17 dan Human and Nature Development Society (HANDS)
· Menghadiri majlis solat Hajat anjuran MPWK di PWTC, Kuala Lumpur
· Mengahdiri Sambutan Hari Wanita Malaysia Anjuran MPWK di Bukit Jalil
· Bersama UMNO Cawangan mengadakan majlis Tahlil dan Doa Selamat di Bilik Gerakan Cawangan
· Menghadiri Convention Agriculture National di Allson Kelana, Seremban, Negeri Sembilan
· Menghadiri perjumpaan 4 serangkai berhubung dry run pilihanraya di Balai Raya Taman Tenaga dan menjalankan tugas
· Menghadiri seminar Kebangkitan Selangor anjuran Pergerakan Wanita UMNO Selangor di Glory Beach Resort, Lukut, Negeri Sembilan.



CADANGAN USUL UNTUK DIBAWA KE MESYUARAT BAHAGAIAN PUCHONG PADA 2HB NOV 2008


Pembasmian Kemiskinan Tegar
1. Memohon penubuhan jawatankuasa kerja bagi menjaga kepentingan
penduduk. 2. Mengenal pasti berapa ramai jumlah kemiskinan tegar.
3. Membantu mereka yang disahkan tergolong dalam golongan tersebut :

3.1 Mendapatkan tempat kediaman
3.2 Membantu mereka mendapatkan sara hidup
3.3 Memastiksn pembelaan berterusan
3.4 Menentukan kebajikan sosial mereka terjamin

Mengemaskinikan Keahlian Terjamin
1. Menentukan keahlian cawangan kekal
2. Memastikan kebajikan ahli cawangan terjamin
3. Menyatupadukan semua ahli cawangan supaya tidak berpecah belah

Usul Pencalonan Jawatan Tertinggi
1. Cawangan mencadangkan YB Dato’ Dr. Hj. Mohd Satim bin Diman dikekalkan sebagai Ketua Bahagian Puchong.
2. Cawangan juga akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan yang telah mendapat kata sepakat untuk menerima peralihan kuasa yang dijadualkan pada pertengahan 2010 :-
2.1 Oleh itu cawangan ingin mengusulkan bahagian agar
mencadangkan pencalonan YAB Dato’ Seri Hj. AbdullahAhmad
Badawi kekal dengan jawatan Presiden manakala YAB Dato’ Mohd
Najib Tun Abd Razak dikekalkan jawatan Timbalan Presiden.
2.2 Tidak ketinggalan memastikan pembentukan gandingan pimpinan
memperolehi pasukan mantap dan keberkesanan yang kuat dan
cawangan ingin mengusulkan Ketua Penerangan Tan Sri
Muhammad Mohd Taib dicalonkan oleh Bahagian Puchong ke
jawatan Naib Presiden pada mesyuarat perwakilan yang dijangka
pada bulan Disember 2008 yang akan datang.



SABAR KETIKA SENANG (UNTUK DIRENUNGKAN BERSAMA)

Orang yang sabar adalah orang yang paling mampu menahan. Termasuk menahan diri ketika dalam keadaan senang. Sebabnya tidak jarang orang yang dalam kesusahan mampu bersikap sabar tetapi didalam kesenangan sukar untuk sabar.

Berhati-hatilah ketika kita dianugerahi kesenangan, kedudukan atau paras rupa yang tampan. Ujian kesenangan itu lebih kritis dibandingkan dengan mereka yang diuji dengan kesulitan atau kesusahan. Salah satu contoh ketidaksabaran kita adalah cara kita dalam menilai semua orang. Misalnya kita dianugerahi Allah anak yang baik kesemuanya, tiba-tiba kita merasa kita adalah manusia yang paling sempurna di dunia dibandingkan dengan orang lain. Kita lupa padahal itu semua kurniaan Allah.

Berhati-hati jangan sampai amal kita yang sedikit menjadi hangus kerana kesilapan dan kebusukan hati. Sudahlah amal kita sedikit, lalu hati kita merendahkan dan menghina orang lain. Biasakanlan banyak bersabar dengan berbaik sangka dalam menyingkapi setiap kejadian.

Kesenangan dan kedudukan dalam apa jua jawatan juga tidak identifikasi atau sama dengan kejayan sejati. Mengapa? Sebab ujiannya akan bertambah : kawan mulai ramai, dilimpahi wang sekelip mata, makin dihormati, peluang riak pun akan makin melimpah. Maka jangan ukur kedudukan dan kesenangan dengan kejayaan duniawi. Jika ada kedudukan serta dilimpahi kesenangan serta-merta justeru makin ujub, takabur dan makin jauh dari Allah, maka itu adalah fitnah atau cubaan.

Apa sebenarnya tanda orang yang berjaya dan suksess? Orang suksess itu adalah ketika dikurnia sesuatu dan sesuatu itu menjadi semakin dekat dengan Allah SWT. Apakah dijabatnya atau dikabulkan doa merupakan tanda kemuliaan? Belum tentu, kalau kita menjadi ujub kerana cepat dijabatkan atau dikabulkan doa kita. Siapa tahu ada orang yang belum dijabat doanya terus berjuang untuk dekat kepada Allah S.w.t.

Mari kita nikmati bersabar dalam kesenangan dan kelapangan. Berjuang terus agar tidak berprasangka buruk pada setiap kejadian yang kita jalani. Termasuk tidak menceritakan keaiban dan penderitaan orang lain. Biasanya kita sangat senang ketika orang lain ikut menderita, apalagi sampai mendramatisasikannya. Jangan sampai ketika kita mendapat ujian kita tidak bersikap sabar. Malah sikap kita lebih buruk dibandingkan ujian yang kita alami. "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya" ( QS Asy Syams (91):9-10 ).

Ujian kesabaran terberat adalah disaat kita dilimpahi kesenangan dan pujian. Ingat! Setiap kurniaan dan pujian yang tidak dikembalikan kepada Allah itulah disebut ujub. Etikanya, setiap kenikmatan yang kita dapati harus sentiasa dikembalikan kepada Allah SWT, kerana semuanya adalah pemberian dan milik Allah SWT. Minimum dengan selalu mengucapkan hamdalah atau alhamdulillah dengan tulus.

Mudah-mudahan kita semua digolongkan Allah menjadi orang yang sentiasa berjuang untuk menjaga hati ini untuk bersabar dalam kesenangan. "Pada hari ketika anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat". (QS Asy Syura (26):88-89).

Semoga tiada prasangka buruk pada tiap patah ayat yang saya tintakan di atas ini. Semuanya saya bariskan dengan sepenuh ketulusan hati saya demi untuk renungan bersama. Sebelum saya mengundurkan diri, sepuluh jari disusun memohon keampunan sekiranya ada yang tersinggung dengan pandangan dari saya.



ISA Cegah Keganasan Dan Perkauman

Kebelakangan ini ramai yang mahu bercakap mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN atau ISA). Ini termasuk pemimpin pembangkang atau kerajaan. Ramai yang mahu akta itu dikaji semula. Ada yang mahu ISA digunakan hanya untuk kes teruk sahaja. Ada juga yang mencadangkan ISA dimansuhkan terus dinegara ini.

Banyak daripada mereka mendakwa akta tersebut telah banyak menganiaya rakyat negara ini. Mereka mendakwa akta itu tidak adil dan disalahgunakan oleh kerajaan. Mereka mendakwa ISA dikenakan kepada mereka yang menentang parti pemerintah.

Sebelum kita membuat sebarang kenyataan mengenai ISA, eloklah kita memahami mengapa akta ini diwujudkan. Akta ini digubal untuk menjaga keselamatan negara terutama dari ancaman komunis. Kemudian akta itu meliputi bidang membabitkan penyelanggartan perkhidmatan perlu seperti perkhidmatan pos dan keselamatan kehidupan ekonomi negara ini.

Jika kita teliti ISA, kita akan dapati bahawa akta itu bertujuan mencegah kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara. ISA tidak digunakan sewenang-wenangnya. Tidak hairanlah ia digunakan untuk tujuan tertentu sahaja dan bukan setiap masa.

Akta itu turut menjaga kepentingan pihak yang terbabit iaitu tahanan dan polis. Hak tahanan dilindungi selaras perlembagaan. Umpamanya Perkara 151 Perlembagaan menetapkan hak orang tahanan dan laporan kepada Lembaga Penasihat. Seksyen 73(1) AKDN 1960 pula menetapkan kuasa polis untuk menangkap dan menahan tanpa waran.

Selama ini, polis sentiasa perlu memastikan ada alasan atau justifikasi terhadap penahanan seseorang. Ini penting bagi memastikan tiada pihak yang mempertikaikannya. Tahanan juga boleh membawa isu itu ke mahkamah. Tiga kategori ancaman keselamatan iaitu mereka yang telah bertindak, hampir bertindak dan mungkin bertindak.

Seksyen 73(1)(a), (b) dan (c) membenarkan penahanan 60 hari tanpa perintah mahkamah. Selain itu, ada disediakan peruntukan agar tidak boleh menahan lebih 30 hari melainkan pegawai berpangkat Deputi Superintedan Police (DSP).

Seksyen 8(1) AKDN 1960 pula membabitkan kebenaran Menteri menggunakan ISA bila beliau berpuashati jika akta itu bertujuan mencegah ancaman atau tindakan pihak yang memudaratkan keselamatan negara.

Orang ramai perlu memahami bahawa ISA adalah ubat pencegah kepada ancaman keselamatan negara. Antara perkara yang menjadi punca utama perbalahan ialah isu yang membabitkan perkauman dan agama.

Akta berkenaan digunakan bagi isu yang membabitkan perkauman dan keganasan seperti ketika kejadian 13 Mei 1969, Operasi Lalang 1987, Kampung Rawa 1998 dan isu pergaduhan kaum di Kampung Medan pada 2001.

Isu perkauman dan agama ini pada mulanya kecil tetapi ia cepat merebak menjadi besar jika tiada usaha mencegahnya. Oleh itu polis sentiasa mengambil pendekatan mencegah daripada membiarkannya merebak sehingga menghancurkan negara.

Polis juga menggunakan ISA untuk membanteras kegiatan golongan melampau agama seperti Jemaah Islam pada 2001 dan Darul Islam pada 2005. Anggota kumpulan ini mendakwa mereka memperjuangkan jihad dan sanggup mati syahid untuk menegakkan pegangan mereka.

Polis juga menggunakan ISA terhadap Al Arqam pada 1999, Al-Maunah pada 2000 dan Kumpulan Mujahidin Melayu pada 2001. ISA digunakan terhadap pelampau kaum seperti Kumpulan Hindraf. Terbaru ialah penahanan tiga individu iaitu Ahli Parlimen Seputih, Terresa Kok; blogawan, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Kesimpulannya, ISA masih relevan bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan negara. Ia sebenarnya bertindak sebagai pelindung kepada negara, harta benda dan kemusnahan yang lebih teruk.

Semua pihak perlu menyedari akta ini untuk melindungi rakyat keseluruhannya dan bukannya individu tertentu. Dalam hal ini, jika ada individu yang didapati mengancam keselamatan orang ramai, sudah pasti polis akan mengambil tindakan sebelum perkara buruk akan berlaku. Ini penting bagi memastikan polis yang juga pihak berwajib menjamin keselamatan rakyat sepanjang masa.

Apa yang menghairankan, ada pihak yang mempersoalkan tindakan polis terhadap mereka yang begitu jelas membuat sesuatu yang boleh menimbulkan rasa benci antara satu kaum dengan yang lain.

Tindakan golongan ini biasanya didorong oleh kepentingan politik atau mahu memalukan kerajaan yang bertanggungjawabkan memastikan Malaysia sentiasa aman dan makmur. Isu keselamatan negara ini tidak boleh dikompromi dan lebih baik dicegah sebelum parah.

Dari Meja Pemerhati Semasa.......

1 ulasan:

ghaus o berkata...

maksud ayat:jangan lah kamu campakkan diri kamu kelembah kehinaan.....kenapa tidak didakwa atau dibicarakan di mahkamah terbuka?dan apabila terbukti kesalahan nya baru lah dijatoh kan hukuman.dalam islam, menahan orang tanpa membuktikan kesalahan nya adalah suatu jenayah.dan itu adalah suatu tindakkan yang zalim.oleh itu pemerintah islam dilarang menahan atau memasokkan rakyat nya kedalam penjara sesuka hati nya.mestilah lah tunjokkan keadilan islam bukan.....al islam yaklu,wala yukla alaih.didalam alquran dan hadis nabi yang sohih ada banyak contoh dan keterangan mengenai keadilan dan perkara pemerintahan menurut kacamata dan acuan islam.hanya kita saja yang tak yakin dan ragu2....sekian fikir2 kan lah .